Friday, November 18, 2011

Misi Bantuan Kemanusiaan

Tanggal 20hb Okt 2011 jam 2ptg, kediaman rasmi keluarga Pn.Zarifah Bt Ghazali (mantan ahli PBS 1) 100% musnah terbakar dalam satu kejadian kebakaran. Mengikut laporan Jabatan Bomba & Penyelamat Kota Bharu, punca kejadian adalah litar pintas kabel elektrik berdekatan rumah terbabit yang pada peringkat awalnya mengalami sedikit kebakaran kabel. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan & kediaman terbabit diisytihar sudah tidak boleh didiami lagi. Memandangkan bapa berada di Tanah Suci mengerjakan Haji semasa kejadian, adik-adik yang lain ditetapkan sementara dirumah kakak yang terletak di Kota Bharu, manakala Pn.Zarifah yang sebelum ini menetap di Setapak, Kuala Lumpur, hanya pulang sekejap sejurus selepas menerima berita malang ini.

Hasil pakatan AJK PBS Unit 1, pada 23hb Okt 2011 rombongan AJK PBS Unit 1 yang mewakili Ibu Pejabat BSMM Caw.Kelantan & PBS Unit 1 sendiri telah ke tempat kejadian bersama barangan bantuan seperti beberapa kotak kit keperluan sekeluarga, beberapa helai blanket, pakaian sumbangan orang ramai, barangan keperluan harian dan wang tunai hasil dermaan ahli AJK PBS Unit 1. Kami berasa bangga kerana kedatangan disambut oleh Pn.Zarifah yang kebetulan berada dirumah nenek berhampiran tempat kejadian dan beliau menyambut sumbangan dengan ucapan jutaan terima kasih kepada semua terutama Unit yang mengambil berat hal ehwal ahli sepertinya walau beliau tidak lagi aktif kerana komitmen pada keluarga dan berada diluar daerah.

Bantuan seperti keperluan persekolahan, pakaian serta keperluan asas hidup lain amat diperlukan mereka terutama menjelang sesi persekolahan tahun 2012. Satu keadaan yang amat mengejutkan bagi adik-adik beliau yang sedang menduduki peperiksaan SPM & STAM tahun ini. Pihak PBS Unit 1 mengalu-alukan mereka yang sudi membantu bagi meringankan beban. Sebarang bantuan boleh disalurkan melalui admin PBS Unit 1 @ terus kepada wakil keluarga iaitu En. Mohd Hilman Bin Ghazali (019-912 3518) atau menyumbang terus ke akaun beliau bernombor 03018020951812 (Bank Islam Berhad). Sekian.tq

Laporan oleh : Cik Rosliza Bt Rosli Li
Biro Multimedia & Publisiti

No comments: