Wednesday, December 9, 2009

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS ASAS 09/10

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Kursus Pertolongan Cemas Asas dan Pendidikan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Malaysia / Undang-undang kemanusiaan Antarabangsa yang akan diadakan bagaimana berikut:


Tarikh: 25hb dan 26hb Disember 2009
Masa : 0800 - 1800hr
Tempat: Ibu Pejabat Cawangan Bulan Sabit Merah Kelantan
Bayaran : RM 15.00 seorang
Pendaftaran : Jam 0800hr (terbuka kepada semua ahli PBS yang berumur 18 tahun ke atas)

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapat sijil pertolongan cemas boleh lah mengikuti kursus tersebut kerana pada hari terakhir peperiksaan akan diajalankan. sila hubungi En. Rudy di talian 012 - 9605982 / En. ikhwan di 013-2119041 untuk pendaftaran awal.
sekian .... chario bye2...

Tuesday, November 24, 2009

Taklimat Emergency Communication


9W2SYD memberi taklimat









pada 14 November 2009, Jam 0930H, bilik taklimat ibu Pej. Bsmm Cawangan Kelantan.
Telah Diadakan taklimat berkenaan emergency communication yang telah disampaikan oleh En Syaidina (9W2SDY). seramai 15 ahli ART Bsmm telah hadir pada taklimat tersebut.
taklimat ini berkaitan dengan perhubungan semasa kecemasan semasa bencana. taklimat ini diadakan sebagai persiapan banjir gelombang kedua kelantan.

BERTUGAS DI SEK. KEB. GELANG MAS, PASIR MAS






9 NOVEMBER 2009, GELANG MAS,
Seramai 5 orang Ahli PBS Unit Pasir Mas bertugas mengendalikan Dapur Bergerak dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mangsa-mangsa banjir.


Saturday, November 7, 2009

Tugas Permulaan Banjir 2009




Kota Bharu, 7 november 2009 - permulaan tugas bagi petugas banjir bsm kelantan. tugas bermula setelah tempat pemindahan banjir dibuka. petugas bsmm kelantan menyediakan peralatan untuk memasak di tempat pemindahan, tugas memasak dikelolakan oleh penghulu dan penduduk kg yang terlibat. -admin-

Monday, November 2, 2009

Standby Banjir 2009...



Kepada semua sukarelawan Bulan Sabit Merah Kelantan, anda dikehendaki melapor diri di Ibu pejabat BSM Kelantan untuk standy banjir bagi tahun 2009/2010. juga kepada mereka yang berminat boleh hadir ke IPC untuk mendaftarkan diri sebagai ahli BSMM.


Bersama-samalah kita "membantu demi kemanusiaan".

09-7435504 - pej. bsm kelantan