Wednesday, November 30, 2011

Kursus Pengurusan Jenazah


Salam sukarela semua...buat julung kalinya Pasukan Bantuan Sukarela Unit 1, Kota Bharu, Kelantan, akan menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah untuk semua warga BSMM Kelantan. Malah penyertaan juga dibuka kepada yang bukan warga BSMM (orang perseorangan, golongan bekerja, pelajar ipt, belia dan sesiapa yang berminat) bagi memeriahkan lagi kursus.
Alhamdulillah ia mendapat sokongan dari 2 orang penceramah berpengalaman yang sudi datang untuk menerang dan menunjukkan cara yang betul mengurus Jenazah apabila berlaku satu-satu kematian. Skop kursus adalah dari segi teori dan amali dimana penekanan kepada cara yang betul untuk menguruskan Jenazah.
Oleh itu, pihak ajk kursus ingin menjemput semua merebut peluang ini. Pepatah mengatakan.."tuntutlah ilmu hingga ke Negara Cina", "peluang yang datang jangan dilepaskan" & "tuntutlah apa saja ilmu yang dapat memberi manfaat kepada kamu & orang lain".tq

Monday, November 28, 2011


Hari ini 27hb Nov 2011 skuad banjir PBS 1 b'gerak ke Daerah Pasir Mas bagi menghulur bantuan tenaga di pusat pemindahan banjir Sek.Keb. Gelang Mas, Pasir Mas.Tugasan bermula seawal jam 10am bg penyediaan makan tengahari insyaAllah akn berakhir lewat mgrib selepas penyediaan makan malam kepada mangsa-mangsa banjir di daerah tersebut. Seramai 7 anggota unit 1 ( seorang lelaki & 6 orang perempuan) dibantu 3 anggota dari lain-lain unit.

Skuad PBS 1 telah memulakan tugas sejak 23hb Nov lagi dimana kami bekerjasama dengan anggota dari unit lain berkumpul di Ibu Pejabat BSMM Kelantan, diberi tugas menghantar kelengkapan dapur bergerak ke pusat pemindahan banjir seperti di daerah Mulong, Machang & Rantau Panjang. Tujuan set dapur bergerak dihantar adalah bagi memasak makanan untuk diberi kepada mangsa-mangsa yang berada disatu-satu pusat pemindahan. Set dapur bergerak ini dapat menyediaan juadah nasi berlauk kepada seramai 2500 orang dalam masa 2jam. Itu lah keistimewaan yang ada pada set dapur bergerak.

Tugasan anggota Unit 1 di pusat pemindahan SK.Gelang Mas, Pasir Mas berlanjutan pada keesokkan hari 28hb Nov dimana kami bergerak seawal pagi dari IPC BSMM Kelantan ke Pasir Mas bagi penyediaan makan pagi yang diminta oleh penduduk kampung yang berada dipusat pemindahan berkenaan. Admin blog dimaklumkan, tugasan dipusat pemindahan ini mungkin berlanjutan hingga ke lewat petang hari ini 29hb Nov atas permintaan pihak pengurusan pusat pemindahan SK.Gelang Mas. Atas semangat sukarela, anggota sama yang sebelum ini sudah seharian memasak sanggup berada dipusat pemindahan sehingga tugasan selesai yang berkemungkinan selepasa jumlah bilangan mangsa yang berada dipusat pemindahan ini berkurangan yang tidak memerlukan makanan tambahan bagi meneruskan kehidupan dipusat pemindahan ini.

Selamat menjalankan tugas diucapkan kepada semua anggota PBS Unit 1 yang bertugas di pusat pemindahan SK.Gelang Mas.

Sunday, November 20, 2011

Pembentangan Projek akhir tahun 2011



Salam sukarela..



Adalah dimaklumkan bahawa AJK Unit 1 akan bermesyuarat sepertimana berikut:

Pada : 23HB NOV 2011

Tempat : Markas PBS Unit 1 KB KN.

Masa : 8:00mlm

Agenda :

1) Ucapan aluan pengerusi mesyuarat;

2) Pengesahan minit mesyuarat yang lalu;

3) Hal berbangkit;

4) PEMBENTANGAN KERTAS KERJA PROJEK;

(Biro Kerohanian)

5) Lain-lain hal.



Info lengkap berkenaan projek ini masih lagi dirahsiakan, memandangkan segalanya masih dalam perancangan. Pihak admin akan memaklumkan dari masa ke semasa tentang sebarang perkembangan aktiviti Unit 1.


Diharap projek ini dapat dilaksanakan. Sama-sama la doakan, semoga segalanya berjalan dengan baik.



Sokongan anda semua amat kami perlu bagi menaikkan semangat kami para Ajk untuk terus berkhidmat memantapkan pasukan Unit 1.


Sekian untuk makluman semua.tq

Friday, November 18, 2011

Misi Bantuan Kemanusiaan

Tanggal 20hb Okt 2011 jam 2ptg, kediaman rasmi keluarga Pn.Zarifah Bt Ghazali (mantan ahli PBS 1) 100% musnah terbakar dalam satu kejadian kebakaran. Mengikut laporan Jabatan Bomba & Penyelamat Kota Bharu, punca kejadian adalah litar pintas kabel elektrik berdekatan rumah terbabit yang pada peringkat awalnya mengalami sedikit kebakaran kabel. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan & kediaman terbabit diisytihar sudah tidak boleh didiami lagi. Memandangkan bapa berada di Tanah Suci mengerjakan Haji semasa kejadian, adik-adik yang lain ditetapkan sementara dirumah kakak yang terletak di Kota Bharu, manakala Pn.Zarifah yang sebelum ini menetap di Setapak, Kuala Lumpur, hanya pulang sekejap sejurus selepas menerima berita malang ini.

Hasil pakatan AJK PBS Unit 1, pada 23hb Okt 2011 rombongan AJK PBS Unit 1 yang mewakili Ibu Pejabat BSMM Caw.Kelantan & PBS Unit 1 sendiri telah ke tempat kejadian bersama barangan bantuan seperti beberapa kotak kit keperluan sekeluarga, beberapa helai blanket, pakaian sumbangan orang ramai, barangan keperluan harian dan wang tunai hasil dermaan ahli AJK PBS Unit 1. Kami berasa bangga kerana kedatangan disambut oleh Pn.Zarifah yang kebetulan berada dirumah nenek berhampiran tempat kejadian dan beliau menyambut sumbangan dengan ucapan jutaan terima kasih kepada semua terutama Unit yang mengambil berat hal ehwal ahli sepertinya walau beliau tidak lagi aktif kerana komitmen pada keluarga dan berada diluar daerah.

Bantuan seperti keperluan persekolahan, pakaian serta keperluan asas hidup lain amat diperlukan mereka terutama menjelang sesi persekolahan tahun 2012. Satu keadaan yang amat mengejutkan bagi adik-adik beliau yang sedang menduduki peperiksaan SPM & STAM tahun ini. Pihak PBS Unit 1 mengalu-alukan mereka yang sudi membantu bagi meringankan beban. Sebarang bantuan boleh disalurkan melalui admin PBS Unit 1 @ terus kepada wakil keluarga iaitu En. Mohd Hilman Bin Ghazali (019-912 3518) atau menyumbang terus ke akaun beliau bernombor 03018020951812 (Bank Islam Berhad). Sekian.tq

Laporan oleh : Cik Rosliza Bt Rosli Li
Biro Multimedia & Publisiti